Followers

24 January 2013

Penilaian Menengah Rendah.

"Batch awak batch last ambik PMR, buat 100% straight As"
"Korang kena beat batch 1014"

"Saya nak batch awak boleh kalahkan batch 1014"

"Dengan perangai batch awak gini, nak 100% As cemana?"
"Sek mu dokleh beat nyaa batch 1014"


Ada yang memberi semangat. Ada yang mencabar. Tak kurang juga yang mengdownkan.Tetapi ini yang menaikkan semangat saya dan rakan Casuarina1115 yang lain. Teruskan..

Ya, saya kelas hujung. Bagi kalian yang pesimis, mungkin kalian merasakan yang saya tidak boleh that beautiful 8As. Saya optimis? Mungkin tidak. Mungkin ya. Tapi saya inginkan 8As tu.
Ya, saya tidak secerdik dia. Kami tidak secerdik dia, mungkin? Jangan bandingkan kami dengan dia. Jangan. Jangan sekali-kali. Anda seperti menghina kami. Kami punya perasaan. Perasaan yang hanya kami dan Allah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana ketahui. Siapa dia? Biarlah rahsia. Dia pembakar semangat kami? Atau, dia membuatkan kami berpecah? Oh tidak. Bukan dia? Habis? Ok mungkin perasan iri hati yang menggila dalam diri kami. Ya, itu mungkin.

Saya merasakan entri saya kali ini agak berbelit. Ah tidak mengapa. Mungkin jantung tidak mengepam darah sampai ke otak. Ya mungkin. Tapi jika kemungkinan itu berlaku, saya akan mati. Nauzubillah. Perkara mati jangan dibawa main, Nurin.

Berbalik kepada tajuk. PMR. Saya berserta rakan seperjuangan 1115 yang lain adalah batch terakhir mengambil PMR cara sekarang. Batch-batch selepas ini akan mengambil PMR cara PBS, mungkin? Oh terlalu banyak kemungkinan di dalam entri kali ini. Ok, berbalik kepada tajuk semula. Parents kami, guru-guru kami, menaruh harapan yang besar untuk melihat kami melakukan lompatan saujana. Mereka hanya menaruh, kami yang memikul. Gila berat. Ya berat. Tapi gajah berat lagi. K tipu. Apa ni -..- Ok. Kami takut kami tidak mampu tetapi, bak kata orang, tiada yang mustahil.

Siti Maisarah bt Mustafa. She's gone. Beliau pergi meninggalkan bumi permata SM Sains Dungun. Pergi sekolah permata pintar whatsoever tu. Dia bijak. Dia salah seorang penyumbang CS1115 berjaya. Ya. Without her, no choral speaking, no speech choir, no bicara berirama, no AMiE. Sara, aku rindu mu :( Epi lagi lah.

This girl wants that glorious 8As. Pray for her.

Pen off. I mean, fingerssss off. Assalamualaikum.


xx,
Nurin Nadhira